Dulu Aku selalu berfikir siapakah aku dimuka bumi ini?
bagaimanakah jika aku tidak wujud dimuka bumi ini?
Aakah tujuannya aku dihidupkan?
bagaimanakah jika aku tidak wujud dimuka bumi ini?
Aakah tujuannya aku dihidupkan?
adakah sekadar belajar membaca, mengira dan menulis...
dan Akhirnya bekerja??
Dari bayi, kanak2, remaja, dewasa, Tua dan selepas itu
Meninggalkan dunia yang penuh keasyikan ini...
Adakah itu sahaja.....
Umpama Robot yang x tahu tujuan dia dihidupkan
Menjalani kehidupan tanpa ada Faedah kepada Orang yang menciptakannya..
Tanpa aku sedar persoalan yang bermain difikiran ku dibiarkan begitu sahaja
tanpa aku berusaha mencarinya..
sewaktu kecil aku selalu membayangkan bahawa orang lain adalah bukan manusia,
mereka kemungkinan adalah jin...
Even ayah dan ibuku sendiri... Tidak dapat aku tafsirkan mengapa aku berfikiran sebegitu dahulu...
Dan aku meneruskan kehidupanku sehingga usiaku meningkat 18 tahun....
sepanjang 18 tahun itu banyak sangat perkara sia2 dan dosa yang telah aku lakukan
sedikitpun berbekas dihatiku perkara itu adalah dosa.... pernah juga merasa insaf...
Tetapi ianya hanyalah seketika.
Cuma....
SEhinggalah satu hari... Aku ingin balik rumah sewaktu cuti ramadhan.... bila telifon Ibuku... dia tidak memberiku kebenaran untuk balik kerumah oleh kerana cutinya terlalu pendek... pada waktu itu aku brjumpa dengan seorang muslimah yang mengajakku untuk tumpang berpuasa dibulan ramadan bersama2 disebuah rumah "kawan" katanya...
Tanpa berfikir panjang aku hanya menurut kehendaknya tanpa banyak soal....
Disitulah bermulanya titik tolak perubahan dalam diriku.....
Permulaan dirumah itu, aku terlalu janggal.. kerana mereka melayan aku terlalu baik bagaikan kami sudah lama berkenalan.. sedangkan baru beberapa minit aku berada dirumah itu....
Kami diajak makan didalam talam, makan berjemaah dan bersolat jamaah..
malam itu juga kami perlu memperkenalkan diri masing2..
Setelah itu seorang kakak memberikan sedikit Tazkirah... dalam ucapannya dia memberitahu bahawa " Indahnya ikatan antara kami kerana kita berjumpa dan berkenalan adalah kerana Allah"
Ucapannya itu mengetuk sedikit fikiran aklu.... selama ini aku mengenali seseorang adalah kerana berada dalam sam Kem, belajar tempat sama, minat yang sama di acebook... dan aku x pernah berkenalan dengan sesiapa kerana Allah.... ( tetapi Untuk apa??).. hatiku berkata sendirian.....
Aku masih lagi tidak memahami situasi aku pada ketika itu... Hanya sebagai ikut- ikutan apabila diajak untuk berjumpa.. dalam pada itu, aku mula menyenangi sikap mereka yang sangat baik terhadapaku biarpun kami tiada ikatan pertalian darah..
Sehinggalah suatu hari... mereka sendiri datang ke kolej kami... seorang kakak yang rapat denganku menghantar pesanan ringkas bahawa dia ada dikolej dan ingin berjumpa aku bersama beberapa rakan kolej yang lain..
hatiku sememangnya berat untuk berjumpa oleh kerana kerja yang terlalu banyak yang diberikan Oleh pensyarah2,, namun aku tetap pergi mengenangkan kakak2 itu datang dari jauh untuk berjumpa...walaupun seketika...
Sangkaanku meleset...kerana mereka mengatakan bahawa mereka akan tidur dikolej kami sepanjang cuti weekend ini.. dari hari jumaat- ahad..
aku menerimanya dalam keadaan rela paksa... dalam rasa gembira mereka datang namun terselit rasa berat dihati kerana aku harus menyiapkan kerja2... untuk weekend ini...
Tetapi siapa sangka... disitulah aku mula mengenal semula diri, dunia dan akhirat...
aku mula mempunyai cita2 yang sangat mendalam.. yang akan menuntun ku ke jalan keredhaan...
dalam masa 3 hari itu juga aku diberikan pendedahan yang sangat aku x duga, dan tidak pernah terfikir untuk belajar... waktu itu juga membuka mataku bahawa kita mempunyai Cita2 yang sangat besar yang sememangnya kita perlu lakukan sebagai Seorang hamba dan Khalifah didunia ini...
Dan disitu aku menyedari bahawa diriku seumpama robot suatu ketika dulu...kerana mengikut rutin setiap hari perkara yang sama tanpa memikirkan apakah Aim sebenar aku melakukannya.....
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tiada ulasan:
Catat Ulasan