Sabtu, 26 Januari 2013

25 Wasiat Luqman Hakim Kepada Anaknya


Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu:

1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.

7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.

9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.

12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.

15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah swt.

18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20. Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah swt.

21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.

24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

Isnin, 21 Januari 2013

JALAn kehiDupan

dalam kehinaan diri,
dalam kejahilan yang terlalu banyak
Aku melaluinya tanpa perasaan bersalah..

Sehinggalah suatu hari aku tersungkur dipertengahan jalan
Sewaktu ku melalui jalan yang salah itu... 
terasa seperti hendak berhenti disitu...
oleh kerana terlalu penatnya berjala..

Dalam rasa sedih, pedih, perit dan kegelapan
aku mencari kembali jalan untuk ku teruskan perjalanan..

Tiba2 ku lihat satu jjalan yang bercahaya...
aku hanya mengikut jejak langkah kaki yang berjalan...
Aku berjalan dan terus berjalan kearah cahaya itu...
Ternyata perjalanan ku ke arah cahaya itu menghilangkan deritaku...
kesakitan dahulu yang luka berdarah mula sembuh sedikit demi sedikit...
aku meneruskannya lagi... tanpa mahu berhenti......
Tanpa ku sedari Luka itu sembuh sepenuhnya...

tapi sayangnya Parutnya masih Berbekas....
 aku x mampu untuk menghilangkannya...
Itulah pengajaran yang perlu aku pelajari..
Supaya ia x berparut buat kali kedua...


Ahad, 13 Januari 2013

perjalananku

Dulu Aku selalu berfikir siapakah aku dimuka bumi ini?
bagaimanakah jika aku tidak wujud dimuka bumi ini?
Aakah tujuannya aku dihidupkan?

adakah sekadar belajar membaca, mengira dan menulis...
dan Akhirnya bekerja??
Dari bayi, kanak2, remaja, dewasa, Tua dan selepas itu
Meninggalkan dunia yang penuh keasyikan ini...
Adakah itu sahaja.....

Umpama Robot yang x tahu tujuan dia dihidupkan
Menjalani kehidupan tanpa ada Faedah kepada Orang yang menciptakannya..
Tanpa aku sedar persoalan yang bermain difikiran ku dibiarkan begitu sahaja
tanpa aku berusaha mencarinya..
sewaktu kecil aku selalu membayangkan bahawa orang lain adalah bukan manusia,
mereka kemungkinan adalah jin...
Even ayah dan ibuku sendiri... Tidak dapat aku tafsirkan mengapa aku berfikiran sebegitu dahulu...
Dan aku meneruskan kehidupanku sehingga usiaku meningkat 18 tahun....
sepanjang 18 tahun itu banyak sangat perkara sia2 dan dosa yang telah aku lakukan
sedikitpun berbekas dihatiku perkara itu adalah dosa.... pernah juga merasa insaf... 
Tetapi ianya hanyalah seketika.
Cuma....
SEhinggalah satu hari... Aku ingin balik rumah sewaktu cuti ramadhan....  bila telifon Ibuku... dia tidak memberiku kebenaran untuk balik kerumah oleh kerana cutinya terlalu pendek... pada waktu itu aku brjumpa dengan seorang  muslimah yang mengajakku untuk  tumpang berpuasa  dibulan ramadan bersama2 disebuah rumah "kawan" katanya...

Tanpa berfikir panjang aku hanya menurut kehendaknya tanpa banyak soal....
Disitulah bermulanya titik tolak perubahan dalam diriku.....

 Permulaan dirumah itu, aku terlalu janggal.. kerana mereka melayan aku terlalu baik bagaikan kami sudah lama berkenalan.. sedangkan baru beberapa minit aku berada dirumah itu.... 
Kami diajak makan  didalam talam, makan berjemaah dan bersolat jamaah..
malam itu juga kami perlu memperkenalkan diri masing2..
Setelah itu seorang kakak  memberikan sedikit Tazkirah... dalam ucapannya dia memberitahu bahawa           " Indahnya ikatan antara kami kerana kita berjumpa dan berkenalan adalah kerana Allah"
Ucapannya itu mengetuk sedikit fikiran aklu.... selama ini aku mengenali seseorang adalah kerana berada  dalam sam Kem, belajar tempat sama, minat yang sama di acebook... dan aku x pernah berkenalan dengan sesiapa kerana Allah.... ( tetapi Untuk apa??).. hatiku berkata sendirian.....

Aku masih lagi tidak memahami situasi aku pada ketika itu... Hanya sebagai ikut- ikutan apabila diajak untuk berjumpa.. dalam pada itu, aku mula menyenangi sikap mereka yang sangat baik terhadapaku biarpun kami tiada ikatan pertalian darah..

Sehinggalah suatu hari... mereka sendiri datang ke kolej kami... seorang kakak yang rapat denganku menghantar pesanan ringkas bahawa dia ada dikolej dan ingin berjumpa aku bersama beberapa rakan kolej yang lain..

 hatiku sememangnya berat untuk berjumpa oleh kerana kerja yang terlalu banyak yang diberikan Oleh pensyarah2,, namun aku tetap pergi mengenangkan kakak2 itu datang dari jauh untuk berjumpa...walaupun seketika...
Sangkaanku meleset...kerana mereka mengatakan bahawa mereka akan tidur dikolej kami sepanjang cuti weekend ini.. dari hari jumaat- ahad..
aku menerimanya dalam keadaan rela paksa... dalam rasa gembira mereka datang namun terselit rasa berat dihati kerana aku harus menyiapkan kerja2... untuk weekend ini...

Tetapi siapa sangka... disitulah aku mula mengenal semula diri, dunia dan akhirat...
aku mula mempunyai cita2 yang sangat mendalam.. yang akan menuntun ku ke jalan keredhaan...

 dalam masa 3 hari itu juga aku diberikan pendedahan yang sangat aku x duga, dan tidak pernah terfikir untuk belajar... waktu itu juga membuka mataku bahawa kita mempunyai Cita2 yang sangat besar yang sememangnya kita perlu lakukan sebagai Seorang hamba dan Khalifah didunia ini...

Dan disitu aku menyedari bahawa diriku seumpama robot suatu ketika dulu...kerana mengikut rutin setiap hari perkara yang sama tanpa memikirkan apakah Aim sebenar aku melakukannya.....
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx



Jumaat, 11 Januari 2013

PEsanan Hati pAda jAsad

WAhai jasad dengarlah Luahan HAti ini;


 JAsad, aku sudah banyak kali berperang dengan nafsu...
aku melawannya dan terus melawan........


Terkadang luka... Aku Rawatnya kembali
bila berdarah... Aku cuba menghentikannya..
Bila terkoyak... aku cuba menjahitnya semula...
dan ketika dicucuk duri tajam.. aku cuba untuk bertahan..
walaupun ia amat pedih...

aku terus bertahan dan bertahan sehingga air mata menjadi peneman setiap malam....

Dan sekarang aku sudah menjadi semakin tebal...
oleh kerana terlalu banyaknya ranjau yang mendatang...
aku menjadi lali... bak kata pepatah...
"Alah bisa tegal biasa"
Mehna Dunia sudah biasa padaku......
dan telah menjadi dugaan kecil bagiku...
.
Tetapi kamu jasad....
 kamu yang menggerakkan  apa yann aku ingin lakukan...
Tanpa engkau.. niatku terbatas... dan tiada penghasilannya
Engkau yang akan membantuku menjalankan tanggungjawab yang Allah berikan...
bantulah aku wahai sang jasad... 
hanya kamu yang dapat menggerakkan segalanya....

Sama ada kesudahannya baik atau tidak...
Jika Kita sudah berusaha pasti akan Dilihat oleh-Nya
Oleh Itu bantulah aku Wahai JasaD...

Selasa, 8 Januari 2013

SURAH ASY-SYARH

Mari kita dalami Maksud Surah ini.......


  1.  Bukankah kami telah lapangkan dadamu (Muhammad)?
  2.  dan kami telahpun menurunkan bebanmu darimu,
  3. Yang memberatkan punggungmu,
  4. Dan kami tinggikan sebutan (nama)mu* bagimu.
  5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
  6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
  7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)**
  8. dan hanya kepada tuhanmulah engkau berharap.

*kesusahan- kesusahan yang dideritai Nabi Muhammad S.A.W dalam menyampaikan risalah
** meninggikan darjat dan mengikut namanya dengan nama Allah dalam kalimah syahadah, menjadi taat kepada

Isnin, 7 Januari 2013

MY HIJAB


*Let them say about my hijab that it wastes my youth

*Let them increases my blame, I belong to the religion

*I swear I don't care of what they say, my intention is as mountains

*There is no meaning for the beauty if you can get it easily

*They tried to cheat me, I screamed leave me alone
*
*I will stay in my fences, I don't accept an impudence

*They will not defeat my pride, I am the purity sign I walked and piety is my shine... I walked after the best Prophet (peace and blessings of Allah be upon him)

*Proud myself I refuse to be law... Oh my sister... Somaya is my best example

*I feed my soul with the guidance of the religion... Oh sister our fountain is pure

*Our way is the way of chastity... Walk in it you do not fear

*Our religion is the religion of virtue it doesn't accept the vice

*Oh daughter of religion fly to the paradise

With my hijab I win the respect I will go forward... I don't care of blaming me*