Ahad, 24 Februari 2013

SEORANG MUSLIMAH BERNAMA ‘A’


Dia hanya seorang wanita, pelajar dan manusia biasa
seperti aku dan teman yang lain juga..
dia Tidak mempunyai pangkat yang tinggi melangit
tidak pula dikenali oleh orang ramai

Namun,
Dia seorang yangtekun belajar, dalam hari2 nya
penuh dengan kerja yang tak akan pernah habis
menjadi ketua kumpulan kami (k . ajk Jualan )
adalah satu tanggungjawab yang dipikul dengan penuh berhikmah.

Setiap minggu tidak pernah sekalipun dia terlepas majlis ilmu yang selalunya
diadakan pada hari Khamis.
tempat yang paling digemarinya adalah Surau..
Tidak kira pagi, petang ataupun malam..
jika berkesempatan itulah destinasinya..
Ibadah yang zuhud, mementingkan masa dan mempunyai kesabaran yamg tinggi..

Bagiku dia seorang Muslimah Ynag luar biasa
Walaupun terkadang sikapnya yang sangat mementingkan nilai "perfect" dalam dirinya
tidak berapa disenangi oleh ORANG RAMAI disekelilingnya...
Tetapi  bagiku Itu hanyalah kelemahan kecilnya...

sikapnya yang amat aku kagumi...
dalam kesibukan Kerjanya, Dia masih lagi sanggup membantu rakan2 nya yang dalaM kesusaHan
Tidak kiralah dalam hal pelajaran mahupun  hal Peribadi.

mengapa ORANG RAMAI itu tidak nampak kelebihan dia itu?
Apakah kelemahan muslimah itu yang sedikit sudah terlalu cukup menutupi
segala kebaikan Yang telah dia lakukan??

" Saya x kisah apa yang orang lain nak cakap kepada saya, yang penting saya tahu siapa diri saya"

itulah yang selalu kudengari setiap kali dia dikutuk...
begitu senang dia menuturkan ayat itu beracap kali....
Sesungguhnya dia memang seorang  hamba yang sangat tabah
kerana dia  sangat yakin kepada Allah...
Dan dia terima Seadanya ujian yang Telah Allah berikan Kepadanya....
Sungguh aq tiDak sekUat Nya....

Sekarang,
dia juga sedang memperbaiki kelemahan yang ada  pada dirinya...
dia langsung tidak terasa dengan kata2  ORANG RAMAI...
Bahkan menjadikan kritikan Itu sebagai Batu loncatan
untuk dia memperbaiki dirinya sendiri...

Dalam Diam aku sangat mengagumimu
waHai Muslimah  yang BernaMa 'A'